Ahad, Jun 29, 2008

Fitnah Sodomi Cubaan Cemar Maruah Bakal PM Anwar Ibrahim

Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua menyanggah fitnah terbaru yang dilemparkan terhadap Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim sebagai tindakan terdesak dan bertujuan mencemar maruah pemimpin reformasi itu. “Tuduhan ini jelas satu cubaan jahat dari pihak-pihak yang terdesak mahu menjatuhkan Ketua Umum Anwar Ibrahim, ketika Pakatan Rakyat semakin hampir membentuk kerajaan rakyat,” tegas Tian Chua. Sekitar jam 5 petang tadi, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Brickfields terhadap Anwar Ibrahim. Menurut Ketua Polis Wilayah Persekutuan, pengadu menuduh Anwar Ibrahim meliwat setiausaha peribadinya. Ini adalah kali kedua tuduhan sedemikian dibuat. Pada tahun 1998, tuduhan yang sama dilempar terhadap Anwar Ibrahim sebagai asas kepada pemecatan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Pemecatan Anwar Ibrahim membawa kepada kebangkitan ‘Reformasi’ - terdiri dari jutaan rakyat Malaysia yang marah dengan tindakan berunsur politik itu. Mahkamah menggugurkan tuduhan tersebut pada 6 November 2006. Hakim Nursinah Adzmi membebaskan Anwar Ibrahim dan Sukma Dermawan Sasmitad Madja selepas Peguam Negara Hanafiah Zakaria memberitahu mahkamah kerajaan tidak mempunyai bukti membuktikan perilaku sumbang itu pernah berlaku. “KeADILan kesal pihak-pihak tertentu masih menggunakan fitnah jahat ini. Anwar Ibrahim telah dibuktikan tidak bersalah, dan Mahkamah akan membuktikan tuduhan terbaru ini juga tidak berasas sama-sekali,” kata Tian Chua.

Sabtu, Jun 28, 2008

Tan Sri .... Betapa Kecewanya Kami

Izinkan kami merujuk kepada pemecatan NC Unisel seperti yang tersiar di media cetak dan eletronik. Dalam kppr membincangkan kemelut UNISEL terutama salah laku TNCnya, kami dikejutkan dengan pemecatan NCnya pula. Lantas, Tan Sri mengumumkan pemangku jawatan tersebut iaitu Prof. Dr. Khalifah Othman. Tahniah YAB Tan Sri Khalid. Kepeutusan yang cukup ‘bijaksana’. Pemenangnya ? Suku-sakat UMNO Selangor terutama penyokong mantan MB KT. Tahniah kerana bejaya mengecewakan para penyokong PR yang bermati-matian menyokong Tan Sri selama ini. Kami turut sama-sama kecewa ketika pilihanraya kecil Ijok … turut bergembira ketika kemenangan PR di Selangor. Secara ikhlas, kami amat mengharapkan kerajaan PR yang amat-amat hebat. Namun …. setelah lebih 100 hari … muncul pelbagai masalah … pelbagai desas-desus kedengaran tentang Tan Sri … kini timbul pula masalah UNISEL.

Tan Sri … bukanlah niat untuk menyokong Dato’ Razali … kami tau sejarahnya di UM … segala masalahnya selama ini … apa yang dibuatnya di Ijok … tetapi berbaloikah memecat beliau ? mahupun menamatkan kontrak beliau … lupakah pemecatan artifak muzium tempoh hari ? PR terdedah lagi dengan serangan BN … lupakah dengan kes Pak Ya? Kes Wang Derma Sambutan 100 Hari? Perlantikkan Ahli2 Majlis? Khir Toyo tersenyum sinis lagi … Malah semakin hari semakin lebar senyum beliau … Tan Sri Mike Tyson pun menunggu masa.

Mengapa tidak siasat secara mendalam apa yang berlaku di UNISEL. Telitilah apa yang sebenarnya berlaku … lihatlah dari akar umbi. Janganlah hanya percaya kepada orang-orang sekeliling Tan Sri yang selama ini turut membantu Khir Toyo. Cukuplah Tan Sri. TNC dan orang-orangnya yang bermasalah dan dalam diam-diam menentang Tan Sri ditatang, dibiarkan bergembira. Malah orang yang pernah mempersendakan PR dilantik memangku jawatan NC. Lupakan Tan Sri kepada pendokong reformasi 10 tahun lalu yang ramai dalam UNISEL? bagaimana dengan mereka yang baru berjinak-jinak dengan PR? Mungkinkah mereka beralih sokongan semula? Bagaimana dengan para pelajarnya ? Ramai pelajar merupakan pendokong PR. Tidak kurang juga yang berjuang semasa PRU12 untuk PKR. Mungkin Tan Sri tidak peduli . Ye lah … Tan Sri bergelar jutawan. Orang senang. Andai kerajaan PR tumbang selepas inipun , Tan Sri tetap senang. Tapi, bagaimana orang2 marhain macam kami?

Masalah UNISEL tidak selesai dengan pemecatan Dato’ Razali. Malah bertambah masalah dengan tindakan terbaru Tan Sri. Maka kecewalah kami sekali lagi. Terima Kasihlah YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim. Dato’ Menteri Besar Selangor.

Sabtu, Jun 21, 2008

Prof UNISEL disiasat BPR

  1. Berita Harian April 5, 2008

KUALA LUMPUR: Badan Pencegah Rasuah (BPR) sedang menyiasat seorang anggota pengurusan kanan Universiti Selangor (Unisel) bergelar profesor kerana disyaki memalsukan dokumen dan tandatangan bekas Naib Canselor universiti berkenaan untuk menyambung tempoh kontrak jawatan selama dua tahun. Perbuatan pensyarah berkelulusan bidang perancangan bandar itu dikesan Bahagian Sumber Manusia Unisel yang meneliti dokumen berkenaan selepas menerima aduan berhubung perkara itu, awal tahun ini. Sumber BPR memberitahu Berita Harian, berikutan itu, BPR mendapatkan kerjasama bekas Naib Canselor universiti itu, Profesor Datuk Dr Adnan Alias yang menamatkan khidmatnya di Unisel pada Disember 2006 untuk membantu siasatan kes berkenaan.

“Lelaki berusia 50 tahun itu disyaki melakukan perbuatan itu kerana menjangka perkhidmatannya secara kontrak tidak akan disambung oleh pengganti Adnan iaitu Naib Canselor sekarang, Prof Datuk Dr Mohd Razali Agus yang memulakan tugas pada Ogos tahun lalu. “Dokumen itu menyatakan sokongan Adnan kepada lelaki berkenaan untuk menyambung kontraknya selama dua tahun lagi,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Difahamkan, pelantikan jawatan pengurusan kanan seperti yang disandang lelaki berkenaan adalah tertakluk dalam bidang kuasa Naib Canselor. Bagaimanapun, Mohd Razali ketika dihubungi enggan mengulas perkara itu.
Orang yang dimaksudkan adalah Timbalan Naib Canselor Unisel sendiri. Hingga hari ini , BPR atau Pejabat Peguam Negara belum mengemukakan apa-apa pertuduhan walaupun kesalahan yang dilakukan adalah jelas. Beliau merupakan kroni kat mantan MB, turut berkempen di DUN SG Panjang. Kini amat rapar dengan Pakatan Rakyat di Selangor. Pernah dilihat memeluk Datuk Seri Anwar Ibrahim di Majlis Karyawan II di SUK Shah ALam. Amat rapat dengan YB Yaakoh Sapari .. mohon hati-hati … telah berjumpa dengan YB Dr Halimah, YB Datuk Dr Hasan Ali, YB Elizabeth Wong dsb. Masih ramai org2 mantan MB di agensi2 negeri Selangor. Mereka digunakan untuk memberi maklumat dan akhrnya mensabotaj kerajaan PR. Mengapa Tan Sri masih berdiam diri ? Bagaimana siasatan BPR? Mohon pantau mereka sebelum terlambat …

UNISEL Digadai Demi PRU12

Sebagai Pemula Siasatan

“Sejak beberapa hari ni macam-macam cerita timbul dan ianya amat menyeramkan. Cerita pertama mengenai yuran UNISEL akan naik, cerita kedua mengenai UNISEL tak nak bayar bonus kepada kakitangannya kerana wang itu nak digunakan untuk belanja PRU12. Cerita-cerita ini benar ke tidak tak tau le. Kita orang bawah ini dengan aje le. Tapi dengar, dengar juga. Buktinya kenalah cari. Kalau PM hadhari yang sinonim dengan jolokan “Mr Clean” tu nak buktikan dia betul-betul hadhari, cuba le suruh BPR hadharinya siasat. Tapi takkan le nak siasat diri sendiri.

Ini cerita baru pula disebar-sebarkan oleh bebudak hingusan di pejabat. Eh jangan nak merendahkan budak pejabat pula. Mereka orang muda dan mereka jugalah yang merupakan gelombang tsunami yang melanda UMNO/BN baru-baru ini.

Mengikut cerita yang perlu dibuktikan ialah mengenai UNISEL yang telah DIGADAI kepada sebuah bank tempatan pada harga RM150 juta dan wang itu untuk kegunaan PRU12. Gadaian RM150 juta itu untuk tempoh 20 tahun. Ikut kiraan mudah dalam masa 20 tahun, hutang itu boleh meningkat sehingga RM360 juta. Mak dato banyaknya hutang.

Dulu masa PAS menawan Kelantan, UMNO/BN meninggalkan hutang lapuk berjumlah RM700 juta yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan PAS. Sekarang peti besi Selangor belum dibuka lagi. Berapa tan le pula surat pajak gadai yang ditinggalkan. ATAU peti besi itu sudah dibawa lari.

Khamis, Jun 19, 2008

Xpose akan bermula ... pendidikan tinggi Selangor

Tunggu ... ahli-ahli kami sedang giat merungkai dan menyiasat berkenaan IPT2 milik Selangor seperti UNISEL, INPENS International College ... termasuk Yayasan Selangor , SUK , dsb ... Tunggu .....

Masihkah Kau Ingat? Unplugged Version

Nostalgia ... Lawatan Tan Sri Khalid di Kuang

Lawatan YAB Tan Sri Dato' Khalid Ibrahim ke Jamuan Rakyat sempena Sambutan Kemenanagan PR di Selangor 23 Mac 2008 di Dewan Merdeka, Batu 20, Kuang.

Moga harapan rakyat tidak dihampakan ...